Skip to main content

Shea Butter - Pemangkin Pertumbuhan Rambut

Shea Butter Pemangkin Pertumbuhan Rambut



Pokok Mentega Shea


Shea butter sangat kaya dengan bahan aktif pelembap, vitamin dan acid lemak berguna untuk kulit dan rambut. Dalam bentuk asalnya, shea butter adalah kental, warna kekuningan mentega dan mencair pada suhu badan. Kandungan bahan anti radang semulajadi menjadi nutrisi pilihan untuk merawat kulit kepala serta membantu merangsang pertumbuhan dan kesihatan rambut.






Shea butter berasal dari pokok shea-karite. Kekacang dari pokok ini dikutip, dinyahcengkerang, digiling dan ditumbuk. Kekacang shea hancur tersebut akan direbus untuk masa yang lama sehingga lemak, atau shea butter, timbul di bahagian atas rebusan tersebut. Shea Butter tak bertapis tulen (pure unrefined) yang berkhasiat ini disenduk keluar dari rebusan dan dibiarkan sejuk.



Jenis

100 % Mentega Shea Tulen Tidak Bertapis
Menurut American Shea Butter Institute (ASBI), Shea butter tulen adalah berwarna krim kekuningan, pekat dan senang disapukan. Shea Butter juga mempunyai karekteristik tertentu pada baunya yang boleh membantu pengguna untuk memastikan samada ia produk tulen dan tidak bertapis.
Pilihlah Shea Butter Tulen Tidak Bertapis agar produk yang dipilih memenuhi keperluan asasi vitamin A, Vitamin E, phytonutrients dan lemak pemulih untuk membantu menyihatkan rambut serta kulit kepala seperti yang direkomendasi dari American Shea Butter Institute.




Fungsi


Shea Butter boleh digunakan pada kedua-dua kulit kepala dan rambut. Jika kulit kepala kering atau berkuping, shea butter mampu memenuhi keperluan nutrisi kritikal dan membantu memulihkan pelbagai permasalahan kulit. Kulit kepala yang sihat amat penting dalam memaksimumkan pertumbuhan rambut. Shea Butter juga boleh menguatkan helaian rambut, melambatkan pengeringan dan masalah  rambut putus. Lama kelamaan akan menghasilkan rambut yang lebih sihat dan lebih panjang serta rambut putus berkurangan.




Penggunaan


Anda boleh menggunakan shea butter pada kulit kepala, rambut atau kedua-duanya untuk memperbaiki pertumbuhan, kesihatan dan penampilan rambut anda. 
Panaskan shea Butter untuk mencairkannya dan sapukan keseluruhan rambut anda. 
Biarkan butter diperam selama 30 minit atau lebih, membalut kepala dengan tuala panas untuk mengawal kepanasan juga baik. 
Kemudian, cuci dengan shampoo dan diikuti dengan conditioner.




Nota:
Anda juga boleh menggunakan shea butter sebagai krim styling terutamanya jika anda mempunyai rambut yang rosak atau kerinting. Sapukan sedikit shea butter pada tapak tangan dan gosokkan kedua tapak tangan, kemudian sapukan pada rambut.

Comments

Maklumat Popular