Shea Butter Penggalak Pertumbuhan Rambut
Shea butter sangat kaya
dengan bahan pelembap, vitamin dan lemak berguna untuk kulit dan rambut. Dalam
bentuk asalnya, shea butter adalah kental, warna kekuningan mentega dan mencair
pada suhu badan. Bahan anti radang semulajadi menjadikan ia sebagai nutrisi
pilihan untuk kulit kepala , ia membantu merangsang pertumbuhan dan kesihatan
rambut.
Sejarah
Shea butter adalah produk
dari pokok shea-karite. Kekacang dari pokok ini dipetik, dinyahcengkerang,
digiling dan ditumbuk. Setelah kekacang shea ditumbuk hancur, ia akan direbus
untuk masa yang lama sehingga lemak, atau shea butter, timbul di bahagian atas
rebusan. Shea Butter tak bertapis tulen (pure unrefined) yang berkhasiat ini
disenduk keluar dari rebusan dan dibiarkan sejuk.
Jenis
Berdasarkan American Shea
Butter Institute, Shea butter tulen seharusnya berwarna krim kekuningan, pekat
dan senang disapukan. Shea Butter juga mempunyai karekteristik tertentu pada
baunya yang boleh membantu pengguna untuk memastikan samada ia produk tulen dan
tidak bertapis. Pilihlah shea butter tidak bertapis agar produk yang dipilih
memenuhi keperluan asasi vitamin A, Vitamin E, phytonutrients dan lemak pemulih
untuk membantu menyihatkan rambut serta kulit kepala seperti yang direkomendasi
dari American Shea Butter Institute.
Triglecerides
Fungsi
Shea Butter boleh digunakan
pada kedua-dua kulit kepala dan rambut. Jika kulit kepala kering atau
berkuping, shea butter mampu memenuhi keperluan nutrisi kritikal dan membantu
memulihkan pelbagai permasalahan kulit. Kulit kepala yang sihat amat penting
dalam memaksimumkan pertumbuhan rambut. Shea Butter juga boleh digunakan untuk
menguatkan helaian rambut, mengurangkan kekeringan dan masalah rambut putus. Lama kelamaan, pengurangan
rambut putus akan menghasilkan rambut yang lebih sihat dan lebih panjang.
Penggunaan
Anda boleh menggunakan shea
butter pada kulit kepala, rambut atau kedua-duanya untuk memperbaiki panjang,
kesihatan dan penampilan rambut anda.
-
Panaskan shea Butter untuk mencairkannya dan
sapukan keseluruhan rambut anda.
- Biarkan butter diperam selama 30 minit atau
lebih, membalut kepala dengan tuala panas untuk mengawal kepanasan juga baik.
-
Kemudian, cuci dengan shampoo dan diikuti
dengan conditioner.
Anda juga boleh menggunakan
shea butter sebagai krim styling terutamanya jika anda mempunyai rambut yang
rosak atau kerinting. Sapukan sedikit shea butter pada tapak tangan dan
gosokkan kedua tapak tangan, kemudian sapukan pada rambut.
Copyright 2018 Herbal Quest
Terimakasih infonya.
ReplyDeletehttps://bit.ly/2Q5UxL2