Apa sebenarnya Shea Butter atau Mentega Shea?
Pengenalan Shea butter adalah ekstrak lemak dari kekacang buah pokok shea (Vitellaria paradoxa) yang hanya tumbuh di Afrika. Ia bersifat kental, berwarna kekuningan mentega, mencair pada suhu badan serta mempunyai bau yang sangat unik. Rahsia mengenai kehebatan Shea Butter ini diketahui sejak berkurun lamanya. Merujuk nota sejarah, penggunaannya dikaitkan dengan wanita masyhur dahulu kala seperti Cleopatra dan Queen of Sheba atau Puteri Balkish. Pemprosesan Hampir keseluruhan proses mengekstrak Shea Butter dilakukan dengan tangan. Biji kekacang Shea Butter dikumpul dan dijemur di bawah terik matahari sehingga kering. Kemudian, ia dihancurkan dengan lesung kayu atau mesin 'grinder'. Selepas itu, ia direbus untuk mengasingkan ekstrak Shea Butter. Ekstrak diuli membentuk bebola Shea sebelum dipasarkan. Klik gambar atas untuk saksikan video pengenalan kami. Tradisi dan sains Shea Butter. Bahan Aktif Shea Butter terbahagi kepada 2 pe